Friday, September 26, 2003

Mohammad Sani

Hari saya berlinang air mata lagi. Hari ini orang yang tinggalkan pulau ini ialah orang dari kampong...Mohd. Sani dari Alor Gajah. Dia berkursus selama 6 bulan, orangnya lembut, berbahasa, tertip kelakuan. Saya tidak dapat berjumpa saat terakhir dia berangkat pulang. Sebelum dia menuju ke airport Naha, dia mengirimkan mel. Mel itu sangat menyentuh hati ini, lepas saja membaca, terasa ingin terbang menuju ke lapangan terbang, apakan daya mungkin dia sudah berlepas ke Osaka.
Pulau ini banyak melinangkan air mata, yang datang selalu mengembirakan dan yang pergi... membawa kesedihan. Setiap yang datang, menjadi erat dan mesra. Itulah yang membuat saya selalu mengelakkan dari menghantar mereka ke lapang terbang masa perpisahan.
Setiap yang datang membawa cerita sendiri dan membawa kenangan yang berlainanan. Setiap yang datang mempunyai daya dan cara sendiri, bakat sendiri dan peribadi sendiri.
Saya sangat bernasib baik dapat rezeki bertemu mereka. Hanya bab yang melinangkan air mata yang saya tidak sanggup.

Monday, September 22, 2003

PC Sony

Hari Sabtu disebabkan hujan selepas ribut taufan 15, projek untuk membakar CD diteruskan. Ah, audio CD sudah kehabisan, malam tu selepas makan, saya ke OIC. Dapat cari Salleh di bilik pc dan dengan Liza kami terus ke GoodWill PC shop. Dengan niat hanya membeli CD tapi terpukau pula dengan Sony Vaio model baru. Model yang saya pakai sekarang ini PCV-W120, http://vaio.sony.co.jp/products/PCV-W120.
Model saya tenung tu baru keluar hari itu juga.
Canggih sungguh!
2.20GHz, pentium 4, 120GB dengan GiGA TV, DVD-R/RW, kalau tak salah model ini Vaio PCV-W170.
Harga pun sikit lebih kurang sama dengan model yang saya guna sekarang. Model ini saya beli March tahun ini, hanya ada CD R/RW sahaja dengan GiGA TV box. Cuba fikirkan dalam tempoh hanya 6 bulan sahaja model baru itu jauh lebih canggih dari model yang saya beli.

Saya rasa tertipu, tidak adil syarikat Sony buat begini dalam masa 6 bulan sahaja.
Saya tanyakan samada boleh trade-in yang lama.
Tak boleh.
Yang pelik lagi...model yang bersiri PCV-W bukan untuk diekpot ke luar Jepun. Model ini hanya untuk pasaran Jepun sahaja.
Kenapa agak-nya Sony tidak hantar model ini ke pasaran luar negaranya, mungkin dimasukkan Giga Box TV kot?
Model seris ini boleh tune-in semua channel TV Japan, agaknya model ini tidak secompatible kalau di pasaran luar negara.
Saya perhatikan Salleh pun menenung model ini...adus, meleleh air liur kawan kita itu.
Ada juga sorang tu kata nak beli pc ini second hand supaya saya boleh upgrade model baru tu tapi pc ini os in Japanese...susah-lah nanti nak baca. OS windows XP Japan yang bagus pulak kalau buka sites English, no problem...kira bi-lingual. Bila download Nero Express ke, Adope Photo shop ke yang english version...no problem.

Friday, September 12, 2003

testing

Entri pertama

Alhamdulillah;

Saya mulakan blog ini dengan ucapan alhamdulillah. Syukur kepada-Nya, akhirnya dapat juga saya "bercakap-cakap" kepada dunia menggunakan bahasa Melayu. Kerinduan kepada bahasa Melayu ini membuak-buak, hinggakan terbawa-bawa bermimpi.

alhamdulillah, kini saya boleh menulis dalam bahasa Melayu dan insyaallah akan istiqamah terhadapnya.