Monday, March 19, 2007

Cotton


Ini Tora. Kucing ini lebih kurang dalam 7 tahun dan mengikut ukuran umur manusia mungkin dia dalam 70 tahun. Dah tua dan dah tak larat mengemaskan dirinya. Rupa-rupanya binatang juga seperti manusia. Membersihkan dan mengemaskan diri masa muda sahaja dan masuk umur tua sudah tidak berapa teliti menjaga rupa dan kebersihan.
Tora tak aktif lagi dan selalu melelehkan air liurnya. Makan pun kena letak depan mukanya kalau tidak begitu, dia tak mau makan. Bila tak makan dia lemah macam nak mati anytime.
Ceritanya begini, lepas 2 hari arnab tinggal bermain kesukaan. Tora panjat dahan dan melompat ke beranda tempat arnab berlari-lari bebas itu. Malam kejadian ini terjadi hanya Tomo yang belajar di bilik terdengar jeritan Cotton.
Tomo pekikkan pada Otou-san yang Tora tengah mengigit leher Cotton.

Saya dan otto berlari mendapatkan arnab dan otto baling kayu ke arah Tora. Tora lari dan otto kejar sampai bawah dan lempar selipar Jepun kat Tora.
Kami tengok leher Cotton ada kesan darah dalam 5cm.
Malam itu juga otto ambil kotak dan tutup lubang yang Tora dapat masuk ke beranda itu.

Pagi ini selepas dua hari bersama kami. Hanya dua hari kami dapat memberi kasih sayang dan dengan amannya di bawah langit hujan dan awan gelap, pergilah Cotton bertemu Ilahi.
Inna lillahi wa inna illah raji'un.

10 comments:

  1. waa~ cotton dah mati. kesian dia!

    ReplyDelete
  2. kak Lela tak bawa cotton ke klinik slps dia kena gigit tu?

    ReplyDelete
  3. embun dear,
    itulah silap kami. Belum pandai bab-bab menjaga rabbit. Baru tahu sekarang, air liur kucing beracun pada binatang lain huhuhu.

    Azra cute,
    hait, baru 2 hari bersama kami tapi kami masih rasa missing kat Cotton.

    ReplyDelete
  4. tua-tua si tora pun, masih lagi ada killer instinct... ialah, nama dia pun TORA (tiger in japanese?)
    :)

    ReplyDelete
  5. ish..nakal nye si TORA tu. dah mati COTTON!!

    ReplyDelete
  6. Ojamashimasu...
    Dulu2 kita pun suka bela arnab..tapi selalu kena makan dgn musang. Lama2 mak pun give up..dah la kami pun tak sanngup nak makan arnab.arnab nie manja kalau kita belai dia...:) Bye2 cotton!!

    ReplyDelete
  7. awalpagi,
    saya pun tak sangka Tora tua itu masih ada killer instinct lagi...entahlah, nama pun dah binatang, semua ikut instinct ye tak?

    Ume-chan,
    bukan nakal lagi, pembunuh!
    Kalau tak kuat iman, rasa nak pukul Tora tapi kucing tu, apa dia tahu, kan?
    Tomo kata Tora hanya mempertahankan kawasannya, haknya. Kan ini rumah dia selama 7 tahun, apa pula ada binatang lain masuk?
    Itu kot Tora fikir.

    Ujen-chan,
    Sebenarnya daging arnab ini ada rasa macam daging ayam. Itu yang kucing, musang dan orang suka makan.
    Ada orang kata ada restoran kat KL, jual sate arnab, betul ke?

    ReplyDelete
  8. innalillahi wainna ilaihi raji'un...
    walaupun saya pemakan daging arnab - tapi bila tengok gambar cotton terkulai layu, rasa sedih sungguh... nak marah sangat kat tora pun tak leh jugak - dah dia tu kucing, bukannya manusia...

    ReplyDelete
  9. kak lela,

    a) memang di Malaya ada macam2 produk yg dihasilkan dari daging arnab macam sate, burger dll.

    b) kak lela, kucing ni haiwan jinak yg bahaya. Kalau kak Lela ingat cerita Kak N dalam blog saya dahulu, bayi dalam kandungannya meninggal dunia kerana jangkitan bakteria daripada anak2 kucing yg baru lahir di hdpn rumahnya. Pun org kata, perempuan yg susah mengandung ada kemungkinan akibat bakteria dari anak2 kucing.

    c) kak lela, boleh tak tukar label 'binatang' tu kpd 'haiwan'? Lembut sikit bunyinya. hehe :)

    ReplyDelete
  10. zahara chan,
    sebenarnya di Jepun, memelihara kucing perlu diberi suntikan pencegah penyakit, mungkin yang bahaya membawa bakteria itu tidak buat suntikan ini.
    Ye, haiwan lagi lembut, bila nak tulis label itu tak teringat perkataan "haiwan". Kena godeh-godeh lagi.

    ReplyDelete