Saturday, April 14, 2007

Politik meLayu

ayat 49 surah Al Hujrat yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakkan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang. Kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain. Sesungguhnya seseorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati. Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu patuhilah larangan-larangan yang tersebut dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi amat mengasihi.

Saya selalu diingatkan yang dosa memfitnah itu lebih besar daripada
membunuh.
Sebelum itu elok ditelitkan perkataan fitnah.
Menurut Kamus Dewan fitnah ialah tuduhan berbentuk khabar, kisah, dll yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang.

Bukan mudah membetulkan sesuatu yang sudah menjadi budaya orang Melayu sendiri. Melayu, mana mungkin dipisahkan dengan sikap politikingnya. Bukan setakat dalam politik negara itu sendiri, malah di pejabat, di sekolah, di universiti, dalam tandas, di kedai kopi, dalam blog dan di mana-mana sekalipun asalkan boleh mengumpat, mengeji dan mengata, adalah orang Melayu di situ.

....apa yang tinggal untuk orang Melayu?

Jawapannya Politik.

Itulah yang ada pada orang Melayu dan itulah yang membuatkan orang Melayu mudah benar gila kuasa. Bila sudah ada kuasa, belum tentu mahu membantu bangsa sendiri. Malah mahu ditenyeh-tenyehkan supaya tidak bangkit lagi.
Kata mengatalah yang menjadi modal orang Melayu kerana orang Melayu hanya tinggal kuasa politiknya. Bab-bab yang lain, orang Melayu sudah lama tewas. Ini hakikatnya. Di mana ada tempat yang melemahkan fikiran, adalah orang Melayu.

Ini catatan yang saya petik dari penulis tempatan terkenal
Nisah Haron
Terima kasih, Nisah Haron.

No comments:

Post a Comment