Tuesday, December 04, 2007

Marah


Pagi ini lepas solat, buat bekal bentou nasi untuk Tomo bawa ke sekolah. Saya pun bersaraplah sambil menikmati drama pagi selama suku jam itu. Lalu masuk ke bilik baca buku setebal jari telunjuk "The Covenant" karya James Micheaner.
Terdengar dari bilik, Otto cakap marah-marah bertelefon.
Apahal lah orang tua ni pagi-pagi buta...fikirku sendiri.

Oh, dia mengamuk pegawai insurans yang menguruskan untuk bapanya datang melawat bapanya dengan tidak membuat janji dengannya terlebih dulu.

Kenapa kamu datang tak buat janji dulu?
Kenapa jumpa bapaku tanpa pengetahuanku?
Kenapa ambil surat-surat dari bapaku tanpa kebenaranku?
Kenapa buat kerja tidak ikut peraturan?

Dia berbual lama sangat sampaikan saya sendiri kena heret plastik sampah ke tempat pembuangan sampah. Nanti dah datang lori sampah, tertinggal pulak sampah kat rumah kalau saya tak heret.

Tempat pembuangan sampah pulak ada kerja gali paip taik, jadi di alih ke corok lain.
Seorang perkerja menghulur tangan untuk mengambil sampah berat dari dukongan saya. Tapi saya tolak bantuannya sebab segan orang lain buangkan sampah saya.
Susah-susah dan berat-berat pun saya heret sendiri juga.

Saya masuk rumah tengok Otto merah muka, khulu khilir tak tentu arah.
Alahai...dah tension sendiri orang tua nie.

Saya nasihatkan dia, apalah nak marah-marah sangat. Cakap aje dengan betul kesalahan orang itu, kan lebih aman.
Kita marah-marah orang, darah naik, muka merah, jantung melambung-lambung, kepala pening...kena juga pada diri sendiri.

Lepas tu dia masuk tandas, lama...rupanya dalam tension dia tak dapat lepas...ah...tu lagi.
Benda tu tak dapat lepas...kan ke masalah besar.

Kalau tak juga puas selepas memberitahu kesalahan orang itu, bawa aje ke atas. Kasitahu pegawai atau pengetua yang menjaga pejabat orang itu.

Apalah nak marah-marah sangat!

Saya nie dah tak peduli lagi perangai orang-orang yang suka memfitnah, memburuk nama orang lain atau membencikan saya.

Gasaklah apa mereka lakukan, asalkan saya sihat, aman jauhari dan batin.

Padanlah ugama kita suruh bersabar dan sabar itu separuh dari iman.

4 comments:

  1. setuju sangatlah - kalau nak marah biar kena pada orangnya, jadi ada juga hasil dari marah-marah sendirian dan sakit sendirian... barulah jadi marah yang efektif... heheheh

    saya pun nak belajar sabar mcm kak lela juga - tak ambil pusing dengan apa orang nak kata, selagi kita tau kita tak buat apa-apa salah...

    ReplyDelete
  2. betul-betul. pening kepala kalau asyik nak fikir apa orang lain kata. as long as we are not in the wrong, kan?

    ReplyDelete
  3. kenapa nak marah marah kan.. nanti cepat tua..

    zar ni macam macam dugaan dan tohmahan orang tapi buat apa amik pot.. asalkan kita sihat dan aman damai..

    so kak lela.. senyum..:)

    ReplyDelete
  4. salam azra, lina dan zar...
    welcome to my club...hehehehe.

    ReplyDelete