Tuesday, April 28, 2015

Berita Harian Singapura OKINAWA KE ARAH 'MESRA MUSLIM'


27 April 2015 catatan saya berjudul OKINAWA KE ARAH 'MESRA MUSLIM' disiarkan dalam tajuk utama KEMBARA di akbar Berita Harian, Singapura.
Beberapa minggu lepas (skrol di bawah), sekumpulan wanita Melayu dari Singapura membuat kembara santai (tanpa bantuan syarikat pelancongan) ke pulau ini.
Setelah sesi autograf novel-novel saya yang mereka bawa bersama, saya mengikuti kumpulan ini buat beberapa hari. Sebenarnya saya ingin mengukur taraf pulau ini dalam perkhidmatan mesra muslim yang diberikan kepada mereka.
Kesimpulan dan keseluruhan pendapat mereka telah saya catat dalam perenggan di akhir-akhir artikel ini.
Selepas ini, saya mendoa semoga ramai lagi pembaca novel saya dapat mengunjungi pulau ini, amin.
*****

2 comments:

  1. Sudah pasti suatu hari nanti! InsyAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, Kita berdoa kepada Al-Razaq, Maha pemberi rezeki.

      Delete