Friday, January 28, 2011

Amalan orang Melayu, Bidaah & Sunnah

Kalau sempat cubalah selak-selak halaman buku ini sambil duduk-duduk, insya-Allah ada kebaikan di dalam catatannya.

Sunnah dan Bidaah dalam Amalan Orang MelayuSunnah dan Bidaah dalam Amalan Orang Melayu by Jawiah Dakir/Wan Awang Wan Ali
My rating: 4 of 5 stars

hlm 177: ...adat bersanding di atas pelamin itu tidak ada dlm sunnah.
...bersanding itu berasal drpd adat Hindu.

Hlm 183: Rasulullah SAW tidak mengambil wang drpd para jemputan yg dtg memakan jamuan "walimah" perkahwinannya tetapi Rasulullah SAW pernah menerima hadiah makanan...kemudian dijadikan "walimah" perkahwinannya.
Jamuan perkahwinan utk org kaya sahaja merupakan jamuan yg keji.

Berhimpun di rumah si mati utk tujuan takziah kpd keluarga si mati atau ingin menolong org yg sudah mati dgn berdoa dan bersedekah pahala kebajikan kpd roh si mati sesudah mayat dikebumikan merupakan amalan yg tidak menepati Sunnah. Namun, berhimpun dgn tujuan mengurus mayat spt sembahyang, kafan dan memandikan mayat ialah amalan yg dituntut kerana ianya menjadi fardu kifayah kpd org Islam yg masih hidup dan dilakukan dgn cara berjemaah.

...catatan menekankan kpd berhimpun di rumah si mati selama 3 hari, 7 hari atau 40 hari setelah mayat dikebumikan. Adakah amalan in termasuk dalam niyahah yg diharamkan? Berikut ialah hadith yg melarang berhimpun dan menyedia makanan dan minuman di rumah si mati.

....para Sahabat mengirakan perhimpunan dgn keluarga si mati selepas jenazah dikebumikan dan memakan makanan di sisi mereka adalah satu cabang daripada al-niyahah kerana membebani dan mengganggu mereka, sedangkan mereka dlm kesibukan menghadapi kematian, juga bercanggah dgn Sunnah yg menyuruh jiran tetangga atau org2 Islam memberi makanan kpd keluarga si mati, bukan keluarga si mati menyediakan makanan utk org ramai".

~~~~~

No comments:

Post a Comment